Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 30 October 2011

kisah aku dan anak jiran aku..

1974 mak dan ayahku berpindah ke Dragon Garden / Tmn Naga (skarang tukar pd Tmn Iskandar - sempena nama Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar) dan pulak tu berjiran dgn org cina..waktu tu jiran aku tu baru je berkahwin dan belum ada anak sehinggalah thn 1980 (waktu  tu aku darjah 2) jiran aku dpt anak lelaki..aku pun mintak izin mak aku utk pergi tgk..aku pun main2 kejap dgn baby jiran aku tu...dah puas main aku pun nak balik tapi sebaik aja aku nak balik baby tu terus menangis siap pegang hujung jari aku xlepas2...xbagi aku balik....aku pun sambung main sampai baby tu tidur...dah tidur apa lagi aku cau balik...start dr hari tu hari2 aku duk main dgn anak jiran aku..setiap kali  aku nak balik dia mesti nangis xkasi aku balik..sampai tarik2 baju xlepaskan pulak tuuu.....neneknya terpaksa pujuk tu pun xjln...nak kena tidokan dia baru aku boleh balik rumah aku...adoii..benda ni berterusan sehingga dia berumur 6 thn ...selepas beberapa thn kemudian..dia sambung belajar kat luar negara, balik cuti..waktu tu tgh bulan puasa..aku lak xleh puasa (faham2lah ya..) aku pun pegilah ziarah anak jiran aku ni..saja nak tanya khabar setelah lama xjumpa......dia tanya klu2 aku puasa tapi aku ni pulak bangsa lurus bendul pi gatai cakap xpuasa kat anak jiran ni..so dia pun offer air kotak...xsengaja aku terminum dpn dia yg kebetulan minum sama2..pendek kata / citer aku dgn anak jiran aku ni dah kwn mesra mcm adik beradik..tapi sekarang jarang tegur sbb jarang jumpa.. masing2 dah sibuk dgn aktiviti masing2..
haa...tulah serba sedikit ttg aku dan anak jiran aku...insyaAllah klu klu aku ada lagi citer yg best2 aku akan  tulis kat blog aku ni k...so..tata titi tutu..jumpa lagi :) <3<3

Saturday 15 October 2011

kehidupanku (1972-sekarang)

1972 sorang bayi perempuan selamat dilahirkan tapi sygnya kurang 2 bulan (klu menurut cerita ibuku lah)..lalu diberi nama 'Atizah. itulah aku..selepas beberapa hari aku dilahirkan aku telah dibawa jalan2 mkn angin..iaitu di cameron highland...sebagai anak, cucu dan sepupu yg bongsu, aku amat disayangi dan dimanja oleh semua ahli keluarga dipihak ibuku..

1973 berpindah ke jb sebab ayahku bertugas di jb...waktu tu ayah dan ibuku menyewa rumah di kampung melayu..

1974-1976 ayah dan ibuku sudah membeli rumah baru dan kami pun berpindah serta terus menetap dirumah tersebut sehingga sekarang..

1977 & 1978 aku didaftarkan ke pra-sekolah dimana aku mula belajar di sekolah ibuku iaitu Sekolah Mohd Khir Johari Kg Melayu jb...

1979 - 1984 aku belajar di SIGS (rendah)

1985-1989 sambung pendidikan di SIGS (menegah)

1990-1993 mcm2 keje aku buat...

1994-1995 aku meneruskan pelajaran dlm bidang seketari kat rima kolej..

1996-1997..keje kat kilang di tampoi tapi xlama sbb dpt tawaran kat MBJB..apa lagi..caulah

1997-2005 berkhidmat di MBJB sebagai pembantu penilai

2006 kerja pejabat saham bahagian marketing sambil belajar..

2007-2008 sambung pendidikan executive diploma pengurusan sumber manusia di UTM Skudai n alhamdulillah akhirnya aku grad juga..

2009-sekarang.. sambung degree di OUM jb dlm bidang pengurusan..insyaallah mudah2an dapatlah aku grad lagi...

haa..itulah serba sedikit ttg kehidupanku yg serba sederhana..tidak kaya sgt sbb ada yg lebih kaya xmiskin sbb mungkin ada yg lebih susah dr kita.. oleh itu bersyukur dan hargai kehidupan yg diberikan olehNya..:)

Tuesday 4 October 2011

aktiviti sewaktu di KL

29/09/2011------>jam 0845am bertolak dr terminal larkin jb dgn menaiki bas transnasional.
                             jam 1330pm sampai di terminal bersepadu selatan..
                             jam 1500pm sampai di OUM, mkn n pergi library
                             jam 1830pm sampai di rumah sepupuku di templer impian condo
                             jam 2030pm pergi perjumpaan kelab dioratic kat station one cafe pandan indah cheras

30/09/2011------>jam 0700am pergi OUM library sampai jam 1730pm.
                             malam dinner at home

01/10/2011------>0830am ikut my aunty pergi mengajar kelas bahasa inggeris kat masjid 
                             1130am makan
                             jam 1930pm mkn dinner kat tesco n go to my uncle's house at petaling jaya

02/10/2011------>jam 0900am bertolak ke pahang n reach at 1430pm
                             visit the plantation n afternoon bertolak balik ke kl.
                             sampi kl dinner kat muhibbah seafood restaurant kat kg sg penchala
                             tolong my uncle to pack my mum's things.
03/10/2011------>jam 0600am bertolak ke terminal bersepadu selatan n have breakfast there..
                             jam 0730 bertolak ke jb dgn bas transnasional n reach jb at 1130 am..







Monday 3 October 2011

impianku..

hurmmm..aku ni sebenarnya ada menyimpan impian sejak aku buat akaun facebook dan myspace..nak tau apa dia? haa...aku nak sgt jumpa dgn sorang artis ni.. nama dia dior atau nama sebenar beliau adalah mohd shahril shaari..setiap kali beliau buat event terutama utk kelab yg beliau tubuhkan xpernah aku hadir...ada saja alasan yg aku bagi...nasib baik beliau ni seorang yg memahami situasi aku..sayang dior... hehhehe....
aku pernah jumpa Dior dlm mimpi dan aku harap sgt2 agar ia jadi kenyataan.. alhamdulillah tanggal 29/9/2011 aku telah pergi ke KL dgn menaiki bas..di KL aku tinggal dgn sepupuku..malam khamis tu aku pun pergi ke majlis hari jadi Dior...gembira xterkata dibuatnya sbb akhirnya dpt juga aku bersemuka dgn artis kesayangan aku dan
sehingga sekarang masih terbayang muka artis kesygan aku tu dan juga ahli kelab dioratic yg lain..
mmmmm...aku xakan lupa kenangan manis ku itu buat selama-lamamya sehingga keakhir hayat ku...:)